Skip to main content

Posts

SHAH ALAM - Demi menjaga kesucian al-Quran, beberapa sukarelawan di sini bertindak mengumpul kitab suci agama Islam yang telah rosak daripada orang ramai untuk dilupuskan mengikut kaedah yang betul. Ketua sukarelawan berkenaan, Abdur Rahim Rukaini Abd Rahman berkata beliau bersama empat rakan dari Akademi Huffaz Al Aqwa, bergerak dari masjid ke masjid di sekitar daerah ini untuk mengumpul kitab suci yang tidak dapat lagi digunakan itu untuk dilupuskan.   Menurut Abdur Rahim Rukaini, mereka berbuat demikian kerana sedar bahawa al-Quran tidak boleh dilupuskan seperti buku-buku yang lain kerana ia termasuk dalam perbuatan menghina kitab berkenaan. "Mengikut syariat, al-Quran perlu dilupuskan dengan cara dibakar, ditanam atau dicuci, orang Islam tahu mengenai perkara itu, tetapi mereka tidak tahu ke mana mereka perlu hantar kitab-kitab ini untuk dilupuskan. "Kempen mengumpul al-Quran yang telah rosak ini telah bermula sejak awal bulan ini di Masjid Seksyen 7 dan Surau ...
Recent posts
Akademi Huffaz Al Aqwa (AQWA) percaya dan yakin bahawa pencapaian akademik semata mata bukanlah pencapaian terbaik untuk anak anak. Sebaiknya pendidikan anak anak haruslah seimbang di antara akademik pelajarannya dan juga agamanya. Kita telah melihat banyak anak anak yang menghafal Al Quran lebih tinggi markah akademiknya berbanding pelajar yang lain. Ini termasuk adik Nik Nur Mardihah yang pernah menggemparkan Malaysia dengan mendapat keputusan 21A. Namun kebimbangan ibu bapa terhadap masa depan anak anak mereka yang mendapat pelajaran hafazan (tahfiz) semata mata menyebabkan ramai ibu bapa tidak menghantar anak anak mereka ke mana mana tahfiz. Hasilnya mereka lebih cenderung kepada pelajaran akademik semata mata dan akhirnya meninggalkan terus pelajaran pelajaran yang berkaitan pendidikan Al Quran. Akademi Huffaz Al Aqwa (AQWA) yakin bahawa dengan hafazan Al Quran mampu meningkatkan ingatan anak anak dan dengan itu anak anak mampu menguasai pelajaran yang di ambil. Perkara ini t...
Aqwa Mustamir Transit adalah salah satu program yang di sediakan oleh Akademi Huffaz Al Aqwa. Aqwa Mustamir Transit di wujudkan untuk membantu ibu bapa yang bekerjaya dan menghadapi masalah untuk mengambil dan menghantar anak anak mereka ke sekolah. Bagi program Aqwa Mustamir Transit, ibu bapa yang meletakkan anak anak mereka di Akademi ini bagi program Aqwa Mustamir Transit boleh memilih sama ada untuk mengambil perkhidmatan penghantaran anak anak ke sekolah (sistem transit) atau tidak. Aqwa Mustamir Transit berkonsepkan tahfiz yang menyediakan perkhidmatan transit untuk pelajar supaya mempermudahkan ibu bapa yang inginkan anak anaknya berada di tahfiz dapat meninggalkan anak anaknya dan tidak perlu memikirkan untuk mengambil anak di sekolah. Perkara paling utama yang ingin di tegaskan adalah, Aqwa Mustamir Transit buka hanya tempat transit bagi perkhidmatan penjagaan kanak kanak. Aqwa Mustamir Transit adalah transit yang di sediakan khas bagi ibu bapa yang inginkan anak anak mer...
TENTANG KAMI Akademi huffaz al-aqwa (AQWA) adalah program baru diperkenalkan bermula 1 januari 2016 cetusan idea daripada program-program tahfiz insentif yang giat dijalankan setiap kali cuti sekolah.melihat perkembangan positif para ibubapa yang begitu teruja menceburkan anak-anak mereka dalam bidang hafazan al quran khususnya bagi anak-anak yang tidak terlibat dengan sekolah aliran tahfiz membua tkan pihak kami terpanggil untuk menubuhkan akademi huffaz al aqwa sebagai kesinambungan daripada hasrat yang murni itu.dengan program yang kami tawarkan pelajar dapat terus terjun ke dalam bidang tahfiz secara keseluruhannya dengan mengikuti disiplin hafazan al quran yang disediakan.AHA juga insyaAllah akan terus berkembang kepada peringkat seterusnya iaitu menjadi sebuah pusat perkembangan huffazul quran yang akan melahirkan masyarakat yang MUQRI (pakar dalam bacaan Al-quran),HAFIZ (penghafaz Al-quran),MUTQIN (seorang yang menguasai hafazannya dari berbagai sudut.